Thursday, 13 February 2014

Bajingan Di Jalanan

Tak tahu kenapa dengan perangai pemandu kereta kini.  Mereka seolah-olah di rasuk bila memegang steering kereta dan memandu di jalan raya.  Tidak kira perempuan atau pun lelaki.  Cara panduan mereka amat merbahayakan.  Apa juga jenis kereta atas jalanraya. Panduannya sama sahaja.  Samaada kereta kecil mahupun kereta besar.  Sikap memandu mereka amat menjengkelkan.

Apabila bertukar lorong, lampu isyarat tidak pernah digunakan.  Bila lampu hijau bertukar kuning, kereta dipandu dengan laju untuk mengelak dari berhenti.  Di jalan yang sesak, akan ramai yang memandu di lorong kecemasan sehingga membahayakan ramai pemandu lain.  Ada juga yang suka memotong que.

Semalam, ketika pulang dari kerja, sebuah kereta yang dipandu oleh pemandu perempuan dengan lajunya melulu dari lorong sebelah kanan (yang sepatutnya belok ke kanan) untuk masuk ke lorong saya yang sepatutnya untuk terus.  Geram dengan sikapnya saya hon dia sekuat hati.  Pandai pulak takut.  Dan saya perhatikan ramai juga pemandu berbangsa Arab yang ikut suka hati mereka bila bawa kereta.  Masuk lorong tanpa beri signal, langgar lampu merah, masuk lorong kecemasan dan lain-lain.  Mereka ni memandu ikut cara di negara mereka. Kita pula yang terpaksa beralah.

Pendek kata, sepanjang perjalanan pergi dan pulang kerja, ramai sangat pemandu melanggar kesalahan jalanraya.  Itu sebabnya tahap kemalangan di jalanraya negara tinggi.  Sikap pemandu itu sendiri.  Bila berlaku kemalangan, mula lah cari kesalahan pemandu lain.  Tak mahu melihat kesalahan sendiri.  Saman polis hanya RM300 sahaja sekiranya terbabit dalam kemalangan.  Satu angka yang rendah berbanding dengan kesalahan lain seperti memandu laju.  Sepatutnya sesiapa yang terlibat dalam kemalangan jalanraya yang menyebabkan kecederaan, mereka di denda sekurang-kurangnya 5 hari duduk di lokap.  Barulah mereka berhati-hati di jalan raya.

Apa apa pun inilah dia sikap dan perangai orang kita.  Semakin hari semakin parah.  Sogoklah mereka dengan kempen apa sekalipun ...kalau sudah perangai di bawa dari kecil, macam tu lah perangai sampai dah tua.  Jangan bazirkan duit dengan kempen dan lagu, spend your money on giving your children the spiritual educations, pelajari agama Islam, fahami nya dan amalkan nya dengan betul.  Dengan agama sahaja yang boleh mengubah sikap manusia.  Wallahu a'lam.





No comments:

Post a Comment