Pernahkah anda semua merasa khuatir tentang masa depan anak anak anda? Ya, kesemua ibu bapa yang menyayangi anak-anak mereka akan khuatir tentang masa depan anak anak mereka. Dengan segala kemaksiatan, kejahatan, penipuan dan lain-lain perkara negatif, pasti kita amat khuatir bagaimana mereka ini akan membesar. Setiap hari kita disajikan dengan pelbagai perkara negatif. Rogol, rompak, ragut, bunuh, tipu dan pelbagai lagi jenayah yang tidak tercapai dek akal, berlaku di persekitaran kita.
Tanpa kita sedari, anak anak kecil terpengaruh dengan cepatnya akan anasir anasir negatif ini. Apatah lagi mereka terdidik di rumah oleh bibik yang di kampung mereka mengamalkan budaya berbeza serta kurang ilmu pengetahuan. Kita terpaksa biarkan anak anak kita membesar membawa budaya asing oleh sebab kita sendiri sibuk mencari kehidupan bagi memberikan keselesan pada mereka. Kesan dari mencari kehidupan ini oleh kebanyakan ibu bapa seawal tahun 70an, maka kita mendapat hasil anak-anak yang membesar dengan didikan bibik sekarang.
Rata-rata budaya Melayu, adab dan sopan santun sudah tidak ada lagi dalam diri mereka. Gejala sosial yang meluas di kalangan anak-anak Melayu adalah anak-anak yang kedua ibubapa sibuk mencari kehidupan dunia yang selesa. Tambahan jika siibu tidak bekerja, kebanyakan masa anak di besarkan di depan televisyen. Maka ujudlah generasi kanak-kanak yang berbahasa kartun. Terkini, ujud pula generasi yang jarinya hanya tahu mencuit. Cuit candy crush, cuit angry bird, cuit facebook dan lain lain.
Apakah ini yang kita inginkan? Tepuk dada tanya hati. Apa sebenarnya yang kita mahukan untuk anak kita bila besar nanti.
Datang lah segala pengaruh negatif ke dalam rumah kita, namun itu semua dapat di tangkis dengan ada nya amalan agama Islam yang benar. Ibu bapa mestilah sedar, gajala negatif ini hanya dapat di tangkis dengan nilai nilai Islam yang telah di ajarkan oleh Rasulullah (saw) 1400 tahun dahulu. Amalkan lah solat bersama keluarga. Beli lah buku-buku agama sebagai hadiah untuk anak-anak. Berilah makan anak anak makanan yang sudah yakin halal nya. Dan yang pentingnya kalau kita tidak mampu untuk mengajar anak Ilmu Islam, hantarlah anak-anak ke sekolah agama. Ilmu dunia dan ilmu akhirat perlu di seimbangkan. Jangan utamakan kelas taekwando, mandarin, piano, ballet, swimming dan lain-lain daripada menghantar anak-anak ke kelas KAFA.
Inilah tanggungjawab kita kepada Allah. Anak-anak itu adalah amanah. Peganglah amanah tersebut dengan pegangan yang betul. Bukan kah kita kelak akan dipertanggungjawabkan apa yang kita kerjakan di dunia? Wallahu a'laam.


No comments:
Post a Comment