Setelah 3 tahun menduduki rumah ini ....hampir selesai menghiasinya. Hanya yang tinggal master bedroom yang belum terfikir apa yang ingin di isi di dalam bilik yang luas itu. Namun alhmadulillah, hiasannya adalah cita rasa kami berdua. Lukisan di dinding, perabutnya, laman dan tamannya, kolam ikan dan isi nya sekali adalah cita rasa kedua-dua kami. Bahagia bila merenung ikan-ikan yang membuka mulut setiap kali kami berdiri di tepi kolam. Air terjun di kolam melahirkan bunyi-bunyian yang mengasyikan seolah-olah berada di tepi sungai yang jernih. Tambahan dengan ungas-ungas yang berterbangan, rama-rama dan kupu-kupu, pepatong dan pelbagai serangga lain yang turut sama menumpang di bumi Allah ini. Kicauan burung riuh di sana sini. Sekali sekala terdengar sang terkukur berdendang memanggil si betina. Ahh...indah sekali alam Ciptaan Mu ya Allah. Syukur yang amat atas nikmat yang telah Engkau Kurniakan kepada ku di atas bumi Mu ini. Sesungguhnya segala puji dan syukur ku panjatkan kepada Mu Tuhan Semesta Alam.











No comments:
Post a Comment