وَلَا
يَأْتَلِ أُولُو الْفَضْلِ مِنكُمْ وَالسَّعَةِ أَن يُؤْتُوا أُولِي
الْقُرْبَىٰ وَالْمَسَاكِينَ وَالْمُهَاجِرِينَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ۖ وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا ۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغْفِرَ اللَّـهُ لَكُمْ ۗ وَاللَّـهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
" Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan memberi bantuan kepada kaum kerabat (nya), orang-orang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampuni mu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
Aku stress sejak 2 3 minggu ini. Kepala ku sakit. Selepas solat zuhur di pejabat, aku lelapkan mata sebentar. Berkumandang bacaan quran bersama terjemahan nya dari telefon pintar ku. Aku terlelap. Tiba-tiba sahaja aku terjaga. Seolah-olah aku di kejut untuk mendengar ayat di atas. Allahu Akhbar! aku menangis ketika menghayati nya. Seolah-olah ayat itu meminta aku sedar tentang 'stress' yang aku lalui 2 3 minggu sudah.
Abang ku yang sebatang kara, tiada tempat nak di tuju. Aku pula marah kepadanya atas sebab-sebab yang benar. Apabila kakak ku menelefon aku untuk meminta bantuan, aku beritahu aku sudah tidak mahu ambil kisah tentang nya. Aku marah kerana di atas kebaikan ku, dia ambil kesempatan. Bukan sekali, bukan dua kali tetapi banyak kali dan melibat belas ribu hasil titik peluh ku dan suami ku. Namun Allah masih sayang pada ku. Di kejutkan aku dengan ayat di atas. Supaya jangan aku bersikap demikian terhadap orang yang memerlukan bantuan apatah lagi abang ku sendiri. Ya Allah, ampuni segala dosa-dosa ku.
Alhamdulillah, aku sudah pun menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh abang ku. InsyaAllah, mudah2an Allah buka pintu rezeki buat ku dan buat nya dan Allah ampuni segala dosa-dosa ku, suami ku, anak-anak ku, cucu-cucuku dan seluruh keturunan ku. Ya Allah, datangkanlah dari kami keturunan yang beramal soleh. Aamiin.

No comments:
Post a Comment