Saya ingin kongsi dengan anda semua. Bagi yang masih tercari-cari sekolah bagi anak anda yang berusia 6 , 7 dan 8 . tahun pada 2017.
Mutiara Integrated Primary School (MIPS) adalah sebuah sekolah rendah integrasi ditubuhkan berdasarkan 9 tahun pengalamana mengendalikan Mutiara KAFA Learning Centre (MKLC) di Mutiara Damansara dan Sekolah Menengah Islam Tahfiz Al-Amin (SMITA) di Telok Intan, Perak.
Keperluan mendidik anak-anak dengan kekuatan Iman bagi menghadapi cabaran abad ke 21 yang serba canggih di mana segala kebaikan dan keburukan boleh diperolehi hanya dengan menekan beberapa butang kekunci telefon, komputer dan tablet, maka kami di Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa' Malaysia merasa terpanggil untuk memberikan pilihan kepada ibubapa mempersiapkan diri dan anak-anak mereka bagi melalui ranjau duri kehidupan abad ini.
Menggalakan anak-anak kecil berfikir dan mengaplikasikan nilai-nilai murni Islam dalam kehidupan mereka seharian adalah keutamaan kami di MIPS. Hanya dengan fikiran yang sihat, cerdas dan bijak serta amal perbuatan yang baik sahaja yang dapat membentuk manusia yang disebut Allah sebagai khairu ummah.
Tanggungjawab ini dipikul oleh seluruh keluarga MIPS bermula dari jam 7.30pagi sehingga selesai solat Asar berjamaah, dari Isnin hingga Jumaat agar ibubapa yang sibuk membina ekonomi keluarga lega sedikit dari tanggungjawab mendidik anak-anak walaupun pastinya didikan ibubapa itu adalah yang terbaik. InsyaAllah, amanah mendidik anak-anak tuan puan akan kami pikul sebaik mungkin. Waktu sekolah sedemikian juga difikirkan dapat membantu ibubapa dari memikul beban mencari 'bibik' yang pastinya memerlukan wang yang banyak selain kelayakan yang mereka ada. Adalah lebih selamat sekiranya anak-anak kecil ini diletakkan di bawah guru-guru yang berkelayakan dan berpendidikan mendidik mereka selama lebih kurang 8 jam sehari dari di jaga oleh bibik yang ternyata latar belakang dan adat resam yang berbeza dari kita.
Bagi maklumat lanjut boleh lah layari www.mips.com.my atau menelefon 0378590094. InsyaAllah kami berikan jawaban sebaik mungkin atas pertanyaan anda.




No comments:
Post a Comment