Sunday, 19 February 2012

Selamat Pengantin Baru

Berbunga-bunga hati bila cucu saudara ku di Singapura yang baru sahaja melangsungkan Majlis Perkahwinan pada 4 Februari 2012 datang ke rumah VillaChintaku di Glenmarie Cove pada 16 Februari 2012 yang lalu.  Memang kunjungan mereka amat ku nanti nantikan kerana aku tidak dapat menghadiri majlis mereka.

Kehadiran mereka di temani oleh kedua-dua ibu mereka iaitu anak saudara ku dan ibu kepada pengantin perempuan.  Alhamdulillah, sempat juga aku masak soto madura untuk mereka.  Dan yang paling manisnya, dua orang kakak serta abang ku serta pasangan masing-masing turut serta berkunjung.

Sejak-sejak aku berpindah ke Villa Chintaku untuk hujung minggu, ramai tetamu yang datang untuk sama-sama meraikan serta menikmati keindahan suasana nyaman Glenmarie Cove termasuk kegiatan menjala udang dan memancing ikan. Alhamdulillah ramai yang mendapat hasil lautnya.

Ketika usia menginjak waktu maghrib, apa lagi yang ku harapkan selain hubungan ukhuwah samaada di kalangan adik beradik, saudara mara dan sahabat handai.  Salah satu cita-cita ku pada tahun ini adalah untuk menambah ramai kenalan samaada dari kalangan saudara mara mahupun orang ramai.  Semoga Allah makbulkan cita-cita ku ini.

Kepada pengantin baru, Nek Su ucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Love does not consist of gazing at each other but in looking together in the same direction.





No comments:

Post a Comment