Wednesday, 8 February 2012

Kera di hutan di susukan, anak di rumah mati tak makan

Alahai suami, kenapalah tertinggal dompet di rumah ni? Mujurlah sekarang ni dah pakai smart taq.  Tidak lah cemas bila sampai di tol bila raba poket seluar, dompet dah tak der.  Peringatan kepada semua pemandu-pemandu di Lembah Kelang.  Keluar rumah periksa dulu poket seluar, takut takut tertinggal pulak dompet duit.  Bayangkan bila sampai di tol, nak cakap apa ke pengutip wang PLUS tu? Jalan-jalan di Lembah Kelang ni mana ada yang takda rumah pengutip cukai tuh! Kalau yang berbudi bahasa tu takper lah, takut pemungut nya lebih gangster dari gangster.  Tak ker cemas dibuatnya?

Mujurlah isteri nya berkerja di MKLC, boleh juga memonteng untuk hantar dompet suami yang telah pun sampai di Putrajaya.  Selepas sahaja memasak, saya pun bergerak dari Wangsamaju ke Putrajaya untuk menghantar dompet suamiku.
Di dalam perjalanan buka lah radio.  Dan radio yang sudah diset stesennya adalah radio klasik nasional.  Biasalah selera orang tua.  Dulu tak gemar nak dengar lagu-lagu klasik ni tapi bila dah bersuamikan suami 'old timer' jadi terpaksa layan lagu lagu lama.  Lama kelamaan jadi favorite la pulak.  Yang menariknya bila saya tune in, masa tu keluar lah lagu Andy Lala, bertajuk cakpong cakpong.  Tersenyum saya sendirian bila mendengar bait bait lirik lagu tersebut.  Dan bila menyelami lirik tersebut, saya terbayangkan bagaimana orang-orang Melayu dahulu mencipta sesebuah peribahasa dan bidalan-bidalan berpandukan kehidupan mereka sehari-harian.  Mereka menegur salah laku dengan mencipta peribahasa dan bidalan demi menjaga hati orang lain kerana orang Melayu amat bersopan santun.  Sikap begini ada baiknya dan ada juga tidak eloknya.  Baiknya kita menjaga hati orang lain dan yang tidak eloknya kebenaran mungkin tidak dapat di sampaikan kerana takut menyinggung perasaan orang lain dan akhirnya kita suka bercakap di belakang-belakang (mengumpat lah nama nya tu). Apa pun bagi saya, kalau ingin menyampaikan kebenaran eloklah disampaikan dengan jelas apatah lagi apabila menyentuh bab-bab agama.  Menyampaikan yang haq itu adalah wajib namun ianya perlulah dilakukan dengan penuh hikmah, wallahu a'lam



CAKPONG-CAKPONG

Cak pong (12x)

Pukulllah anak sindir menantu
Apa dipukul anaklah itu apa dosanya
Dah tentu dia anaklah kita
Marah saja pada menantu kalau ada yang tak kena
Marahlah dengan timbanglah rasa
Janganlah kita marah melulu
Menantu kita pun dah dewasa tentu pun dia tahu malu



Adat yang baik marilah pakai
Adat yang pelik mari kikiskan
Agar maruah tidak tergadai
Tinggalkan adat yang merugikan


Biar mati anak jangan mati adat
Hey jangan dibiar anak kita mati hai tergamak ke?
Kalaulah anak sudahlah mati
Siapalah pulak nak sambung adat
Kita dituntut tambah zuriat
Berilah dia didikan agama
InsyaAllah dia tidaklah jahat
Kita pun tidak teruslah baik
Dulu pun kita jahatlah juga



Kera di hutan disusukan
Anak di rumah mati tak makan
Ade ke patut?
Ape diberi kera tu makan
Anaklah kita sudahlah mati
Takkan kera tu nak buat ganti
Dah tua nanti kita tak larat
Rumah orang-orang tua pun dah tak muat
Anak-anak kitalah tempat bergantung
Bukan kera-kera tu yang hendak tolong



No comments:

Post a Comment