Tuesday, 31 January 2012

Ikan oh Ikan

Sejak kebelakangan ini, anak lelaki ku Mior Fadly Shah sudah mula berjinak-jinak dengan pancing.  Alhamdulillah, satu perubahan yang baik.  Bermula dengan menangkap ketam di Legend Water Chalet di Port Dickson, sekarang sudah hampir setiap hujung minggu dia pergi memancing di jeti.  Apa lagi ummi pun ikut sekali lah.  Mula-mula tu tak lah minat sangat tetapi bila umpan dah mengena, bila melihat ikan melonjak-lonjak di hujung joran, memang seronok.  Yerlah selama ini asyik tengok ikan mati jer kat pasar.

So sekarang ni, it has becoming our weekly activities.  Memancing dari petang sehingga ke tengah malam.  Alhamdulillah, pelbagai jenis ikan yang kami dapat seperti ikan duri, tirusan, gelama, sembilang, belukang dan juga siakap.

Minggu depan ni, ummi nak beli jala.  Nak menjala udang.  Yerlah,  mana tahan tengok orang lain menjala dapat banyak udang sebesar ibu jari.  So sekarang ni tengah survey, nak cari jala yang terbaik.  Kena lah belajar menebar pulak. Dia orang kata 2 bulan menjala baru boleh jadi pakar, tak tahulah.Harap-harap boleh lah dapat udang segar.

Oklah setakat ni dulu nak melalut ...mungkin esok sambung nak cerita pasal ikan dalam kolam ummi pulak, insyaAllah.



No comments:

Post a Comment