Wahai sahabat ku Norma,
Sejak tahun 2002, kita mula mengenali satu sama lain melalui acara-acara kebajikan di dalam Al-Nidaa'. Engkau seorang yang mudah mesra tidak kira dengan siapa sahaja. Aku amat mempercayai mu dalam setiap gerak kerja yang kita sama-sama lakukan. Itulah sebabnya setiap kali Ramadhan menjelang, aku lebih suka sama-sama berkerja denganmu sewaktu melakukan infak road tour. Alhamdulillah, aku bersyukur diketemukan seorang sahabat seperti mu.
Hari ini aku merasa resah. Engkau dimasukkan ke HKL kerana sakit kaki yang tidak dapat dikesan oleh Doktor apa sebenarnya penyakit mu. Doktor sarankan engkau melakukan MRI. sudah 5 malam engkau bermalam di HKL. Bersabarlah sahabat ku, sesungguhnya Allah menyayangi mu dengan ujian penyakit itu dan aku mengetahui bahawa sememangnya engkau seorang yang penyabar.
Aku berdoa wahai sahabatku, semoga Allah sembuhkan penyakitmu dengan segera agar engkau dapat kembali aktif seperti dahulu. Khidmat mu masih amat diperlukan. Semoga Allah memberi peluang kita bersama melakukan dakwah Islamiah sehingga akhir hayat kita berdua. Bersabarlah wahai sahabatku. Ingatlah bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Dari Abu Hurairah r.a katanya:- "Ketika diturunkan ayat: مَنْ يَعْمَلْ سُوءًا يُجْزَ بِه maksudnya:- Sesiapa yang melakukan kejahatan, nescaya akan diberi
pembalasan dengan kejahatan itu. Orang-orang Islam merasa amat sedih
tetapi kemudiannya Rasulullah s.a.w bersabda: Sederhanalah dan jangan
terlalu berlebih-lebihan serta berusahalah melakukan yang benar. Setiap
musibah yang menimpa orang-orang muslim adalah suatu pelebur kesalahan biarpun hanya sekadar tercucuk duri"

No comments:
Post a Comment