Sekian lama aku tidak bercerita di blog ku ini. Sangka ku sudah tidak ujud lagi...rupa-rupanya ia masih setia menanti jari jemari ku untuk mencoret apa jua yang ada di dalam benak kepala ku ini.
Di mana harus ku mulakan? Setahun lamanya tidak ku lawati blog ini. Imbasan ku samar! Kenapa aku tidak lawat laman yang ku ciptakan ini? Sibuk? Tidak lah sangat.
Apa-apa pun ...inilah aku ...hari ini...mula menggerakkan jari jemari yang sudah mula merasa kebas sejak 3 4 bulan lalu. Kolesterol tinggi dalam badan, darah jadi pekat, perjalanan nya tidak lancar tambahan lemak sudah menjadi tepu menutup hiway arteri. Pakej sebuah usia 'golden'. InsyaAllah, aku akan menginjakkan usiaku ke 55 tahun ini. Alhamdulillah, Allah beri aku peluang untuk terus melihat bulan dan matahari sekian lama. Meniti kehidupan yang penuh pancaroba. Melihat keindahan juga kejelekan manusia. Menilai tingkah laku, tata susila bangsa. Setiap hari aku semakin benci pada dunia.
Teringat kepada Sirah Rasulullah (saw). Apabila Baginda jelek melihat kemaksiatan di sekelilingnya, Baginda berkhalwat mengasingkan diri mencari ketenangan jiwa dengan bertapa. Aku teringin untuk berbuat demikian namun pergerakan ku terhad. Aku isteri. Tanggungjawab ku kepada suami. Aku berkerja. Tanggungjawab ku kepada majikan. Aku ibu. Tanggungjawab ku kepada anak2. Namun yang paling penting aku manusia. Tanggungjawab ku kepada Yang Maha Pencipta.
Hadis daripada Abu Huriarah (ra) bahawa Rasulullah (saw) bersabda yang bermaksud: "Ada 2 golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan ke 2 adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya, Sesungguhnya bau wangi syurga boleh dihidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh" (Riwayat Muslim no 3971)

para wanita yang berpakaian tetapi telanjang
Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget.
Anak didikan zaman ini..............
Ya Allah ampuni lah aku dan ampuni lah semua umat Islam atas dosa dosa kami ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

.jpg)

No comments:
Post a Comment