Monday, 5 March 2012

Ibu Tiri Vs Anak Tiri

Sewaktu pulang dari kerja hari ini, aku mendengarkan radio klasik nasional dan di waktu itu juga bersiarannya rancangan ADILA (aku dia dan lagu).  Ramai juga yang menyertai rancangan ini dengan menghantar kisah hidup mereka yang berkait rapat dengan lagu-lagu sezaman mereka.

Pada waktu itu, tersiarnya satu cerita dari seorang yang tidak aku ingat namanya.  Namun kisahnya menarik minat untuk aku mendengar.  Lagu yang dimainkan untuk kisah tersebut adalah Ratapan Anak Tiri oleh Dato' M Daud Kilau, Oh Ibu oleh kumpulan Exists dan Airmata Ibu oleh Siti Nurhaliza.


Ceritanya mengisahkan seorang budak perempuan yang kehilangan ibu kandungnya ketika berusia 7 tahun dan beribu tiri ketika menginjak usia 9 tahun.  Katanya sejak itulah bermulanya kisah sedih beliau.  Di antara kisah deraan ibu tirinya ialah dia tidak dibenarkan mencuci baju menggunakan mesin basuh kerana ibu tirinya kata bahawa mesin basuh itu hanya untuk cucian dirinya dan ayahnya sahaja. Oleh kerana dia hanya seorang anak perempuan di antara 3 orang adik beradik, ayahnya lebih memberi tumpuan kepadanya dan ini menjadikan ibu tirinya tidak senang hati dan cemburu.  Dia di anggap sebagai madu oleh ibu tirinya.  Apabila menginjak dewasa, di hari pernikahan nya, ibu tirinya berpesan kepadanya agar terus berpindah mengikut suami dan di haramkan untuk memijak kaki ke rumahnya lagi.

Aku termenung sejenak.  Benarkah semua ini berlaku ke atas seorang perempuan di zaman ini? Atau ini hanya cerita dari sebelah pihak.  Kalau benar, di mana peranan ayahnya?

Bukannya apa ...sebab aku juga seorang Ibu Tiri dan benar, memang aku di benci oleh anak-anak tiri ku yang bertiga itu terutamanya yang no 2.  Sedang aku cuba sedaya upaya berbaik dengan mereka tetapi aku tetap di anggap sebagai musuh mereka.  Mereka bersikap sombong dan kurang ajar terhadap ku namun aku tetap bersabar dan tidak pernah ingin memarahi mereka.  Aku tetap melakukan tugas-tugas ku di rumah terutamanya memasak untuk mereka.  Aku telah cuba sedaya upaya untuk berbuat baik pada mereka tetapi balasan yang sama yang aku terima.

Memang apabila disebut tentang ibu tiri, kita akan sentiasa menggambarkan bahawa dia seorang yang suka mendera anak tiri dan berlakun menjadi baik apabila di depan ayahnya, namun aku tahu aku bukan begitu.  Malah aku yang merasa diri aku di dera.  Bagaimana? Tak payah lah aku panjang-panjangkan hal itu.  Hanya Allah sahaja yang tahu dan aku berdoa semoga Allah SWT akan menunjukkan kebenaran di suatu hari kelak, insyaAllah.

Namun apa yang aku cuba sampaikan, janganlah ada yang menganggap bahawa semua ibu tiri itu jahat.  Yang aku tahu aku berstatus ibu tiri dan aku tidak jahat seperti ibu tiri yang diceritakan oleh perempuan itu tadi di dalam ADILA.  Aku bersyukur Allah telah memberikan aku kesabaran dalam menghadapi cabaran sebagai ibu tiri ini dan aku harap Allah kuatkan semangat ku untuk tidak berputus asa.

Ya Allah ya Tuhanku, aku mohon pada Mu agar Engkau lembutkan hati-hati anak tiriku agar menerima serta menghormati ku sebagai seorang isteri kepada ayah mereka, amin.

4 comments:

  1. nsib baik jmpe blog ni, ak bru pas gadoh ngan mak tiri aku, jadi nak luah prasaan ckit,.. dulu mse ak kecik2 mak tiri ak ni slalu kurung ak dalam bilik air, time bapak ak nak balik dari kerja bru die kluarkan ak, bile ak umur 13 die antar ak g asrama, bukan tak mampu nak jage ak, tapi mungkin die benci tgok muke ak kot.. bapak ak plak cam kne pukau, cakap ak 1 sen pon die tak caye, soo skarng ak dah de kerjaye, hidup pon dah kire senang la,skrang die laga2 kan ak ngan tunang ak.. WTF!! benci sngat ke ko ngan ak ni???? hmmmm...ak cume hormat ko sbagai bini bapak ak je.. jadi jangan melampau.. tu je la ..tq for reading

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku ibu tiri yang bekerjaya bagus. aku bernikah dengan bapanya masa tu umur aku 28 bapanya 42. punyalah kurang ajar anak tiri aku patutke dia cakap aku kikis duit bapanya. Sedangkan gaji aku lagi besar dari bapanya. setahu aku bapanya yang minta duit aku adalah. cet. AKU AKUI BAHAWA AKU BUKAN MAK TIRI YANG KEJAM ATAU JAHAT. TAPI AKU AKUI BAHAWA AKU BUKANNYA MAK TIRI YANG SABAR. Maknanya kalau terang terang maki aku tanpa sebab salahke tanpa aku sedar aku pelempang sekali kat muka tu. Tapi itu lah kan. disebabkan mak tiri ni adalah mitos yang jahat. maka sampai bila bila pun orang akan anggap mak tiri tu jahat. Aku rasa zaman dahulu mungkin ye mak tiri ramai yang jahat. Tapi di zaman sekarang ni terbalik kerana kebanyakan mak tiri ada pelajaran jadi mustahil nak jahat pada anak tiri. Tapi setahu aku anak tiri yang zaman sekarang ni yang selalu biadab pada mak tiri.

      aku terlempang dia sekali tu punca ada ke dia kata aku ni biawak hidup kikis duit bapak dia. anginla. sebenarnya dia tak tahu bukan aku yang kikis duit bapa dia tapi bapa dia yang kikis duit aku adalah. cet.

      Delete
    2. kepada Anonymous ..Sedih membaca cerita kamu. Mungkin kamu sudah berkahwin sekarang. Ambil lah pengajaran dan pelajaran dari peristiwa tersebut. Mudah2an Allah Memberkati kamu.

      Delete
  2. Semoga kehidupan puan lebih bahagia sekarang. Semoga puan dan anak tiri dapat hidup dengan aman dan bahagia di samping suami yang juga bapa mereka. Bersabar lah. Kadang-kadang tanpa kita ketahui bahawa ada pihak ke 3 yang mencucuk mereka untuk bersikap kurang ajar.

    Bagi saya, hasil dari kesabaran itu selepas 5 tahun, apabila mereka meninjak kaki ke universiti maka mereka lebih wise untuk menilai. Alhamdulillah hubungan saya dengan ke tiga2 anak tiri telah menjadi lebih baik. Dan salah satu sebab mengapa mereka tidak berbaik pada mulanya ialah kerana di hasut oleh ahli keluarga terdekat yang iri hati dan cemburu. Dan bersabarlah kerana ini adalah sebahagian ujian Allah pada kehidupan kita.

    ReplyDelete